Cuba memuhasabah diri akan setiap peristiwa yang terjadi

August 17, 2007

AL-FATIHAH

AlFATIHAH……………
Hari Sabtu lepas 11hb August 2007 bersamaan 27 Rejab, dalam usianya 74 tahun bapak kembali ke rahmatullah….

Sebenarnya minggu lepas byk sgt plan aku nak buat untuk hari Sabtu tu. Nak pi belajar buat roti, tapi entah kenapa hati aku rasa tak sedap so aku batalkan niat aku tu..mmg plan nak balik kg pun sabtu tu, tapi lepas maghrib sbb SP keje, kakak pulak sekolah. Aku pun tatau 2-3 hari tu aku rasa tak sedap hati. Jadi ari sabtu tu aku decided nak dok umah jer, buat muffin pastu nak balik. Mula2 nak balik ahad pagi, tapi sbb akak dah sms yang akak no 2 tu dah ada kat umah mak, aku jadi macam excited nak balik kg. Aku kol sp tnye balik kul bape, dan plan nak balik lepas SP balik keje, seblum maghrib.

Lepas siap2 masak, aku terlelap jap kat sofa, masa tu dalam kul 12tgh. Budak2 kecik dua tu tidor, jadi lepas mandi aku baring jap sambil terlelap..tetiba HP aku bunyi, aku tgk no, no tel akak. Ingatkan dia nak pesan beli apa2 ke seblm balik..sbb sebelum tu dia suh beli lauk lebih skit sbb ada ramai kat umah. Rupanya panggilan tu khabar duka..bapak dah meninggal..aku terkjut, tapi aku tak menangis pun…fikiran macam blank jap sbb mamai baru terbangun tido…aku pun kata ok…aku kol sp skg..jap lagi kami balik…

Aku kol SP, mula2 tak dapat..2-3 kali kol takde angkat. Aku kol control room pesan ada kecemasan..tak lama pas tu SP kol balik, aku bagitau dia..suh dia blik segera..rupanya dia tak dgr bunyi phone..ada kat genset room..

Kat umah aku kelam kabut ngemas baju2 aku..baju2 bdak bibik dah kemas, tapi aku suh dia tambah lagi baju sbb kena balik lama..tak lama tu dalam kul 1.30 tgh kakak balik dari sekolah. Aku suh dia makan, mandi dan siap nak balik kg..aku sempat kol abang SP- abg long bagitau bapak dah takde…honestly, aku tak ler sesedih mana, sbb bapak mmg dahlama menderita sakit terlantar. Aku salu gak berdoa kalau pemergian bapak akan mengurangkan seksanya menanggung sakit , kami REDHA.

Pagi tu aku dah siap masak pajeri nenas, sambal ikan bilis. Kebetulan kak ie singgah umah antar barang2 yg dia pinjam so aku pi tapau kan sume2 makanan tu. Aku tapau semua makanan..bagi kak ie...

Lepas SP sampai umah dalam kul 2 ptg kami rush balik, nak kena antar bibik ke keramat dulu. On the way aku kol kawan2, kol sepupu2 dan kol boss bagitau aku kena balik kg…bos suruh aku cuti 3 hari…

Entah nape hari sabtu tu jam sgt2, dan aku tak sempat menatap wajah bapak buat kali terakhir. Sesampai aku kat umah, mayat dah dibawa ke kubur dan kerana aku yg sedang uzur hanya SP menyusul. SP sempat sampai ketika bapak sedang ditalkinkan.
Patutlah hati macam tak sedap, malam tu masa aku baca yasin aku teringat bapak dan aku rasa sayu sgt rupanya masa tu bpak dah diambang akhir hayatnya. Dan…bapak diambil Allah pergi hari esoknya itu. Abg ngah di Pahang pun dah on the way kuar masa aku kol dia pukul 2 tu. Dia kena ke pekan menjemput anak sulong dia yang sekolah asrama..

Aku sampai di rumah, dah ramai sedara mara, ada adik beradik bapak, anak2 saudara bapak tapi aku tak lihat sorang pun adik beradik mak atau sedara mara sebelah mak. Aku masuk terus peluk mak, airmata terus keluar. Sedih sbb bapak dah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan2 bersama bapak. Masih terbayang wajah bapak kali terakhir aku balik kg awal bulan julai lalu. Wajahnya sayu, ekor mata melihat penuh makna. Bapak nampak tersenyum bila cucu2nya bergurau berdekatan dengannya, ketika itu bapak masih berselera makan, masih bole bergerak dan duduk sendiri, tapi dah tak bole makan sendiri. Mak terpaksa menyuapkan bapak. Masa tu pun bapak dah tak nak mandi lagi..dia selalu mandi sekali sehari waktu petang. Tapi sebulan seblum dia pergi dia sering mengadu sejuk, tulang2nya sakit. Sampai terpaksa berselimut dgn toto. Mak sempat selimutkan dgn toto baru yang mak beli…mak jugak sempat minum cendol dan makan mee rebus kesukaan dia beberapa hari sebelum dia pergi...

Aku ingat lagi kali terakhir aku jumpa bapak bulan lepas, bapak masih bole senyum dan dia seolah terkejut sbb kami nak balik pagi awal awal2. Sebab selalu kami akan balik lepas asar, tapi kerana abang SP buat akikah aku rasa tak sedap jadi kami rushing balik pagi ahad tu sbb nak hadiri kenduri tu tgharinya. Bapak sayu jer masa kami salam dia. Anak2 cium bapak, cium tangan bapak aku pun cium tangan bapak.. Dan itulah kali terakhir aku jumpe bapak.
Lepas aku balik tu, kakak kata bapak tak sihat, dia dah tak lalu makan, keadaaan kulitnya yang kering tu semakin teruk dan merekah dan bapak dah tak boleh bangun langsung aku ada juga beli lotion sebamed dan sabun sebamed untuk bapak. Dua kali juga aku sempat beli barang2 tu..berbuku2 sabun dan berbotol2 lotion aku beli. Aku selalu gak telepon mak tanya khabar bapak dan rancangan nak balik ujung bulan julai ter bantut sbb anak sedara SP nak mendaftar di Unisel dan kami kena tolong kakak SP menguruskan pendaftaran tu.

Dalam pada tu seminggu seblum tu kakak terpaksa ke Segamat kerana anak saudara suaminya kawin. Dalam perjalanan balik dari Segamat, akak singgah dirumah. Masa tu kami dah berbincang nak suprisekan mak. Aku nak balik kg ujung minggu berikut tanpa bagitau mak. Memang itulah rancangan aku dan akak. Kakak ada bagitau yg tempat keje dia buat rombongan ke Kelantan dan dia berbelah bagi nak pegi ke tak. Aku ckap dgn kakak..toksah pegi, takut kalau apa2 terjadi kat bapak nanti susah pulak. So akak tak jadi pegi mujurlah…kwn2 opis kakak pujuk dia pegi…tapi akak tak nak, aku pun taknak akak pegi..sbb bapak masa tu dah semakin lemah..

Pengkebumian selesai jam 6.30ptg. Kami di rumah bersiap sedia untuk memasak untuk tahlil malam tu. Sbb dah kelam kabut kami hanya sempat menyediakan bihun goreng..Alhamdulillah majlis tahlil berjalan lancar. Ramai sungguh orang datang. Lepas zuhur tu pun mak kata ramai sangat orang datang..dan kami kira wang yang jiran2 sedekahkan tu ada dekat Rm500. Duit tu kami gunakan untuk tahlil tiga malam berturut2... Malam tu sempat kami bersembang2 dgn mak dgn jiran2….rancangan awal dorang nak kebumikan bapak esoknya, tapi jiran2 tak setuju, sbb jiran2 sekampung kenal sgt dgn bapak, masa hidupnya dia salu pesan tak baik simpan mayat lama2 yang hidup tetap hidup yang mati harus disegerakan penyempurnaannya…atas sebab itulah dorang segerakan. Sampaikan ramai sedara mara sebelah mak dan bapak tak sempat diberitahu. Semuanya berjalan dgn pantas…Abang ngah tiba pukul 11 malam, lepas majlis tahlil habis...

Kakak cerita masa tu dia keje..tapi hati dia meronta2 nak balik cepat…belum sempat dia keluar opis dia dapat panggilan dari rumah bapak dah takde….pagi tu bapak sempat bersarapan, tapi dia dah tak kenal orang masa tu. Akak ke 2 yg kebetulan balik kg pun dia dah tak kenal. Matanya memandang kosong. Air pun dah tak boleh masuk…disudukan air ke mulut dia, air tu keluar balik..dan lepas tu bapak tidur. Pukul 12.45tgh mak kejutkan untuk makan tghari, bapak dah tak der..bapak pergi dalam tidur..dalam tenang. Malam seblum tu bapak mengadu sakit kaki, perutnya keras..mak usap perut bapak malam tu mak kata keras macam ada batu…kakinya sejuk , malam tu mak ada bacakan yasin kat sebelah bapak…bapak diam….dengar dgn khusyuk. Dan malam tu akak dgr bapak mengerang, mendengus beberapa kali sekitar pukul 2 pagi….agaknya tanda2 awal malaikat maut sudah hampir dgnnya.

Mayat bapak siap dimandikan dan dikapankan lepas zuhur, disembahyangkan disurau depan rumah kami, surau di mana bapak selalu mengimamkan solat, bertarawikh dan surau di mana jadi rumah kedua bapak. Bapak menjaga surau dgn baik, memastikan kebersihan dan surau sentiasa cantik di cat, tu ketika bapak masih sihat…ketika bapak boleh berjalan.
Ketika itu juga aku sering dgr bapak mengaji setiap pagi, tghari dan malam…4 tahun dulu seblum bapak diserang stroke dan dia menjadi lumpuh….Selepas subuh bapak akan mengaji, begitu juga seblum zuhur dan selepas asar, maghrib dan isya'..bapak akan sentiasa mengaji sehingga kalau tiba bulan ramadan bapak akan khatam mengaji 3 kali….Masih terngiang2 suara bapak mengalunkan surah2 AlQuran…

Dan bila bapak jatuh sakit, bapak dah tak bole mengaji, dah tak boleh solat. Tapi puasa tak pernah bapak tinggal. Bapak memakai pampers, jadi sukar untuk dia nak bersolat, mak pulak batal air semayang kalu tersentuh bapak, jadi bapak kata tak payah…biar orang kata apa sbb bapak tak bole solat, tapi bapak diam jer…

Masa bapak sakit tu sehari ke sehari keadaan dia semakin teruk…kerana banyak sgt makan ubat darah tinggi, bapak dah tak boleh dengar lagi, kena cakap kuat2..pertuturan bapak jugak jadi tak jelas..aku jarang paham apa bapak kata, Cuma mak dan kakak jer yg paham sbb dorang selalu ada kat umah, jadi dah biasa dgr.

Hari ketiga bapak meninggal, abang ngah terpaksa balik, anak2nya periksa anak sulungnya ada percubaan PMR hari selasa tu pagi tu abang ngah ke kubur bapak dulu, akak ke 2 pun balik ke Klang sbb suaminya dah kena stat keje, tinggallah aku dan kakak dan adik bongsu yang masih cuti, aku dan kakak juga yang sibuk menguruskan tahlil untuk malam ketiga tu…nak harap abang long?...hampeh, langsung tak peduli, yang dia pedulikan agaknya harta2 bapak jer….Hari kelima bapak pergi baru aku berpeluang kekuburnya, aku bawak mak sekali, mak uda (adik bapak) dan anak2 pergi kubur bapak. Aku dan mak baca yasin, aku suruh kakak baca fatihah banyak2..sayu hati aku melihat kubur bapak, mak menangis tersedu2, anak2 seolah paham yang Atuk aji mereka dah meninggal, mereka tau itu kubur atuk aji dorang…. kubur bapak dibawak pokok kekabu, redup, tenang dan sejuk…berdekatan dgn kubur2 jiran sekampung yang dah pergi terdahulu. Kubur bapak dekat tepi jalan..tanah kubur masih basah, dan aku nampak ada pokok puding di atas kubur bapak...

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, dan selama 3 1/2 tahun bapak sakit, semua dosa2nya terhapus, dia pergi dengan tenang, mukanya berseri2, ketika akak cium dahinya, akak kata dahinya sejuk umpama ais..wajahnya senyum tenang…Insya Allah, bapak akan ditempatkan dalam golongan orang2 bertakwa dan beriman..Semasa hayatnya, bapak amat disegani dikampung. Sbb bapak orangnya pendiam, tak pernah menyakiti hati orang, sentiasa dipanggil untuk membaca dan tahlil kalau ada majlis2 kenduri arwah, sering jadi imam sembahyang..bapak tak pernah mengata atau memburukkan orang, dan dia cukup marah kalau dgr mak bertandang dan bercerita perihal orang di rumah jiran..bapak juga seorang yang AMAT amanah, dia salu dilantik jadi bendahari sbb jujur dan amanah dia..aku ingat lagi masa kecik2 kalau ada pinggan mangkuk surau tersesat ke rumah kami, dia cepat2 suruh antar dan pulangkan ke surau dan kalau ada yang pecah dia kan cepat2 ganti..Semua sifat2 mulia bapak tu diwarisi akak. Pendiam tak banyak cakap, penyabar dan amanah dalam suma perkara termasuk duit…..

Bapak disayangi oleh anak2 sedaranya. Masa dia sakit suma anak sedarnya datang melawat, bahkan time2 hari raya pun kad2 raya anak sedaranya sampai terawal dari kad raya aku..betapa bapak sangat disukai oleh semua orang, disenangi oleh suma orang. Sungguh semasa bapak sihat, bapak sering datang ke KL dgn mak. Masa tu aku Cuma ada anak seorang, kami bawak bapak jalan2 ke KLCC, chow kit, bahkan Menara KL pun bapak dah merasa naik 2 kali.. Masa sihat bapak rajin berjalan dgn mak..dia dan mak selalu naik bas ke rompin dan suprisekan abang ngah dgn terpacul pagi2 buta kat umah abang ngah.. Kini kenangan itu tinggal kenangan…bila teringatkan bapak aku jadi sedih, aku menangis…bila baca yasin aku teringat bapak aku sedih, aku menangis..banyak betul memori. Masih tak puas bermanja dgn bapak, tapi Allah lebih sayangkan dia..aku REDHA.

Selamat pergi bapak…tenanglah kau di sana di Alam barzakh menemui tuhan..Alhamdullillah bapak telah tinggalkan kami anak2 yang soleh dan solehah, cucu2 yang soleh dan salihah yang akan sentiasa mendoakan bapak, mensedekah fatihah dan yasin untuk bapak..Tenanglah kau di sana….Nantikan kami di pintu Syurga…AMIN.

Aku tak dapat menahan airmata yg keluar semasa menulis ni, tapi aku gagahkan juga sbb ia akan jadi kenangan. Kenangan yang tak mungkin terpadam dalam ingatan kami sepanjang hayat…

Dan esok, genap seminggu bapak pergi…Rest in peace bapak…kami akan sentiasa mendoakan bapak, kami akan sentiasa bacakan yasin untuk bapak, kerana bapak telah jadikan kami anak2 yang soleh dan solehah, Alhamdulillah...